Saturday, May 28, 2011

Untuk insan yang bergelar SENIMAN

Gambar ni direka oleh saya di imikimi.com. 


Barisan pertama dari kiri: Ahmad Daud, Ahmad Mahmud, Ali Rahman, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Bat Latiff, Daeng Idris, Ed Osmera, Ghazali Sumantri, Haji Mahadi.

Barisan kedua dari kiri: Hashimah Yon, Ibrahim Pendek, Jins Shamsudin, Kasma Booty, Kemat Hassan, Latifah Omar, M.Zain, Mak Dara, Malek Selamat, Malek Sutan Muda.

Barisan ketiga dari kiri: Maria Menado, Mariam, Mariani, Musalmah, Mustapha Maarof, Neng Yatimah, Noor Azizah, Nordin Ahmad, Normadiah, Omar Rojik.

Barisan keempat dari kiri: Osman Gumanti, P.Ramlee, Puteh Lawak, Rokiah Jaafar, Rokiah Wandah, Roseyatimah, Rosnani, S. Kandarisman, S. Roomai Noor, S. Shamsudin.

Barisan kelima dari kiri: Saadiah, Salleh Kamil, Salmah Ahmad, Saloma, Sarimah, Sharif Medan, Shariff Dol, Sipot Sarawak, Sophia Ibrahim, Udo Omar.

Barisan keenam dari kiri: Umi Kalthum, Wahid Satay, Yusof Latiff, Zaharah Agus, Zaiton.




Sebuah nukilan yang telah di sampaikan oleh Presiden Seniman EN. Harun Salim Bachik sempena Hari Seniman Kebangsaan pada 29hb Mei 2011 di hadapan Yang berhormat Dato Seri Utama Dr Rais Yaitm, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan telah mendapat respon yang sungguh baik.

Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Seniman berlawak
Mereka terbahak
Seniman bernyanyi
Mereka menari

Seniman bersedih
Mereka beralih,

Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Seniman di atas,
Mereka memuja,

Semiman di bawah,
Mereka mengeji.

Namun mereka lupa,
Mereka pernah terbahak
Mereka pernah menari
Mereka pernah memuja

Kerana mereka lupa,
Seni itu anugerah Yang Esa
Untuk insan yang bergelar SENIMAN.

Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,



Karya Martias Mohd Ali (bapak saya)
28 Mei 2011
Kuala Lumpur

Selamat Hari Seniman

No comments: