Tuesday, September 01, 2015

IMPIAN PAPA TERCAPAI

Assalam.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang akan menemui penonton pada 17hb September 2015 nanti kan. Sebenarnya arwah Papa Qal, Allahyarham Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses promotion kaw kaw punya. Pada beberapa hari lalu team KAPSUL telah pun menjalani jelajah ROAD TOUR ke beberapa buah negeri termasuk Melaka JB. Tak lama lagi akan ke beberapa lokasi lagi bagi mempromosikan filem ini. 



Pihak penerbit iaitu Two Tones juga telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini.



Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Bertambah gempak bila Tun Mahathir juga turut membintangi filem ini kan.. Malangnya, cita-cita Allahyarham Pappa untuk melihat sendiri filem ini di layar perak tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada 29 Mei 2014 ketika usianya 46 tahun, setelah terlantar selama hampir sebulan di hospital akibat penyakit kanser darah. Masih ingat lagi semasa di dalam wad di hospital Ampang.. Arwah Papa asyik bertanya kepada producer En Amru supaya menemui dan memujuk Tun M untuk membintangi filem ini. Ini kerana arwah memang telah menulis watak dan dialog khas untuk Tun M. Dan filem ini juga diinspirasi dari kapsul yang ditanam oleh Tun M . Tun M memang menjadi idola Papa sejak dulu.. Maka itu menjadi antara impian terakhirnya..


Arwah Papa dan Penerbit di lokasi penggambaran KAPSUL 
tahun lalu

Allahyarham hanya sempat terlibat dalam proses penggambaran serta suntingan awal sahaja dan filem ini kemudiannya berjaya disiapkan oleh pihak penerbit hampir 14 bulan selepas ketiadaan beliau. Namun walauapapun.. Qal sebagai anak amat amat bangga dengan hasil karya beliau. 

Penerbit En Amru bersama Tun M semasa penggambaran filem KAPSUL

Jutaan terima kasih kepada pihak penerbit TWO TONES Sdn Bhd , Encik Amru Najmi, En Fizi dan semua yang terlibat kerana akhirnya mereka telah berjaya memujuk Tun M untuk membintangi filem ini .Tun M berminat untuk menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut kerana jalan ceritanya mengisahkan mengenai perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu demi menuntut sebuah kemerdekaan. Selain itu, cerita ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadibirannya. Terdetik di dalam hati Haiqal, jika arwah papa masih hidup pasti dia akan gembira kerana salah satu impian terakhirnya tercapai. Alhamdullilah.. TWO TONES memang terbaikkkk..
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke