Thursday, May 31, 2012

SURPRISE @ SUPER SPONTAN FINAL 2012




Safee Sali, Aidil Zafuan Buat Kejutan

Safee Sali, penonton setia Super Spontan bakal buat surprise kat Super Spontan Final malam esok.
Tp Safee Sali bukan pegi sorang-sorang pon... Safee turut ditemani sorang lagi rakan seperjuangannya yang handsome, Aidil Zafuan. Tak silap, mungkin depa akan bermain menerusi permainan Skrip Rabak yang sebelum ini pernah dimainkan oleh Pelakon Lelaki Popular ABPBH 2012, Fizz Fairuz. Eqal pon tak pasti lagi sama ada depa dapat menghadiri Super Spontan ke dak pasai depa akan terlibat dengan perlawanan bola sepaka antara Malaysia lwn Filipina pada hari dan waktu yang sama Super Spontan final ditayangkan. Kalau betul depa mai, mesti final Super Spontan mesti hangat pasai depa pemain bola sepak ini saaangat popular. Eqal yakin kalau depa dapat menghangatkan lagi Super Spontan, Insyallah Super Spontan punye rating mesti melonjak naik. 


Sorang lagi penonton setia Super Spontan iaitu Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex, penjaga gol kebangsaan ini dah memang tak dapat datang dengan Safee dan Aidil sbab nak fokus dengan match yang penting. Apa-apapun, Apex tetap support Super Spontan.

"Inilah pengorbanan. Jika peserta SS berjuang untuk merebut gelaran juara SS pada hari itu, saya bersama rakan sepasukan yang lain pula harus bertarung demi negara untuk menentang Filipina pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, saya tetap menyokong SS dan merasakan dari enam finalis yang ada, Johan merupakan calon yang paling layak bergelar juara sekaligus menerima sebuah kereta Toyota Camry dan wang tunai berjumlah RM100,000.
"Saya menilainya bukan dari segi populariti Johan semata-mata tetapi apa yang saya lihat, dari minggu ke minggu, prestasi Johan semakin bagus.
"Agak sukar untuk dia ditandingi peserta lain. Saingan terdekat Johan pun sudah pasti Zizan dan Tauke,"
"Sungguhpun saya yakin mengatakan Johan boleh merangkul juara, tetapi jangan ambil ringan dengan tahap bakat dan populariti peserta lain. Lebih-lebih lagi, Zizan, Tauke dan Suhaimi Yusof.
"Saya harap apa yang saya kongsikan ini tidak mengundang spekulasi bahawa saya seorang yang pilih bulu.
"Sekali lagi saya tekankan, penilaian saya ini dibuat disebabkan saya tidak pernah terlepas menonton SS baik siaran langsung atau pun siaran ulangan.
"Saya yakin, jika anda berada ditempat saya, anda juga boleh menyatakan pandangan yang sama.
"Apa yang penting, saya doakan agar semua finalis dapat mencerminkan prestasi yang gemilang kerana bukan mudah untuk mara ke final.
"Tidak kisahlah siapa yang menang kerana keputusan bergantung pada penonton SS,"
"Mengapa perlu direhatkan jika program berkenaan memberikan impak yang positif.
"Saya bersetuju seandainya SS di sambung untuk musim seterus.
"Mungkin jika ada, SS boleh buka penyertaan kepada individu dikenali seperti atlet sukan, penyampai berita, penerbit program, wartawan hiburan atau sesiapa saja yang berani menyahut cabaran SS.
"Jika tawaran itu datang kepada saya, mungkin saya akan menyertainya.
"Namun, apa yang boleh saya katakan, saya masih belum bersedia menyertai program hiburan kerana merasakan lebih baik memfokuskan diri dalam bidang sukan bola sepak yang menjadi periuk nasi saya.
"Apapun, masa menentukan segalanya. Sebagai hamba Allah, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
"Apa yang penting, SS memang syok untuk ditonton,"- Apex


Eqal pon rasa Super Spontan patut menang kat Johan atau Zizan. Eqal dah tak sabaq nak tengok final Super Spontan dengan kehadiran Safee dan Aidil... Peace Yall

Monday, May 28, 2012

29 Mei di Malaysia

29 Mei, tarikh yang tak boleh Eqal n rakyat Malaysia lupakan. 29 May adalah Hari Seniman dan tarikh pemergian sorang seniman yang besar, Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, salah sorang drp idol Eqal. Bermula tahun 2008, warga hiburan akan menyambut Hari Seniman Negara pada setiap 29 Mei bagi menghargai jasa seniman yang banyak berbakti kepada bangsa dan negara. Tarikh itu juga dipersetujui dengan sebulat suara bersempena memperingati tarikh pemergian Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee.


Gambar Hari Seniman

Barisan pertama dari kiri: Ahmad Daud, Ahmad Mahmud, Ali Rahman, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Bat Latiff, Daeng Idris, Ed Osmera, Ghazali Sumantri, Haji Mahadi.

Barisan kedua dari kiri: Hashimah Yon, Ibrahim Pendek, Jins Shamsudin, Kasma Booty, Kemat Hassan, Latifah Omar, M.Zain, Mak Dara, Malek Selamat, Malek Sutan Muda.

Barisan ketiga dari kiri: Maria Menado, Mariam, Mariani, Musalmah, Mustapha Maarof, Neng Yatimah, Noor Azizah, Nordin Ahmad, Normadiah, Omar Rojik.

Barisan keempat dari kiri: Osman Gumanti, P.Ramlee, Puteh Lawak, Rokiah Jaafar, Rokiah Wandah, Roseyatimah, Rosnani, S. Kandarisman, S. Roomai Noor, S. Shamsudin.

Barisan kelima dari kiri: Saadiah, Salleh Kamil, Salmah Ahmad, Saloma, Sarimah, Sharif Medan, Shariff Dol, Sipot Sarawak, Sophia Ibrahim, Udo Omar.

Barisan keenam dari kiri: Umi Kalthum, Wahid Satay, Yusof Latiff, Zaharah Agus, Zaiton.




Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Seniman berlawak
Mereka terbahak
Seniman bernyanyi
Mereka menari

Seniman bersedih
Mereka beralih,

Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Seniman di atas,
Mereka memuja,

Semiman di bawah,
Mereka mengeji.

Namun mereka lupa,
Mereka pernah terbahak
Mereka pernah menari
Mereka pernah memuja

Kerana mereka lupa,
Seni itu anugerah Yang Esa
Untuk insan yang bergelar SENIMAN.

Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Karya Martias Mohd Ali (papa)

28 Mei 2011
Kuala Lumpur



Tak lupe jugak, harini, 29 Mei 2012, genap 39 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee atau nama betulnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Kalaulah sampai la ni dia hidup lagi, Allahyarham dah 83 tahun tp nak buat macamane? Tuhan lebih sayang Arwah.

Upacara pengebumian Arwah pada 29 Mei 1973

Pusara P.Ramlee
Mari kite sama sama sedekah al-fatihah kpd Allahyarham P.Ramlee dan seniman-seniman yang dah lama tinggalkan kita agar mereka ditempat dgn kalang orang-orang beriman.

Friday, May 25, 2012

SUPER SPONTAN MINGGU 9

Super Spontan minggu 9 atau semifinal, Bell Ngasri terkeluar, Nana pon keluar, Amer-reka cari pasai ngan Adibah Noor, hidung Zizan patah masa main battle game 'Ciptaan' angkara Suhaimi (betul ker...), akhirnya Beruang Comel menang jugak dan Johan, Ropie, Rahim, Zizan, Tauke & Suhaimi ke final!

 

Gambar Eqal dgn Bell Ngasri di FINAS lepas Super Spontan Minggu 7


 

 

 


To Bell, tabah ye... To Johan, Ropie, Rahim, Zizan, Tauke & Suhaimi, jumpa di final.. Peace yall

Thursday, May 24, 2012

Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad





Sudirman2.jpg 


Sudirman Haji Arshad, salah sorang daripada idol Eqal, dilahirkan pada hari Rabu 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Kalau lah Allahyarham masih hidup smpai la ni, esok merupakan harijadi Arwah dan Arwah bakal menjangku 58 tahun tapi nak buat macamana?? Tuhan lagi menyayanginya. 22 Februari 1992, hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika Arwah 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah  Hj Arshad di KL setelah 7 bulan menghidap penyakit pneumonia. Sebagai penghargaan kepada Arwah, Saw Teong Hin telah membuat filem muzikal lagu-lagu Arwah, Hoore-Hoore yang baru ditayangkan hari ni


Dan sebagai penghargaan kepada Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad, kami hadiahkan, al-Fatihah...


Untuk mengetahul profil dan bio Arwah, klik SINI atau SINI

I Just Play

Tuesday, May 22, 2012

MUSIM MENGUNDI TELAH TAMMAT...




Musim Mengundi dah tamat... jadi... Eqal kena tunggu lah sampai pihak DiGi bagi emailkat Eqal yang Eqal dapat ke finale DiGi WWWOW Awards. Eqal doakan kpd rakan seperjuangan atau rakan blogger Eqal yang menyertai DiGi WWWOW Awards iaitu

MAMA a.k.a MAK DARA dlm kategori Nuffnang Fave Kay Poh

 
PAPA, Martias Mohd Ali (Malaysian Backpackers Club Meet Up) dlm kategori Yahoo Social Media Gathering of the Year

Undi Bella Ye =) 
Adik Bongsu, Adza Isabella dlm kategori Astro Under 15.

Rakan blogger, uncle Ben Ashaari dalam kategori Nuffnang Blogger of the Year

 
Rakan Blogger, uncle EqbalZack dlm kategori Nuffnang Blogger of the Year

 
Rakan blogger,  untie Mia Liana dalam kategori Nuffnang Blogger of the Year

Rakan blogger, abg FerOz dlm kategori Google Most Inspiring Internet for Good Award

Rakan Blogger, Ali Basyir dlm kategori Astro Under 15

My Photo



















Rakan blogger, Hisyamuddin Wazir dlm kategori Astro Under 15

Moga dapat ke finale DiGi WWWOW Awards 2012. Eqal Pon tak tau samada dapat masuk final ke tak walau rank terakhir Eqal #4.  Start harini, blog di dalam penilaian pihak juri sampai 31hb Mei ni. TQVVVVVVVVVM jugak kepada kengkawan Eqal yang susah-sush vote untuk Eqal selama 3 minggu ni. Eqal tau blog eqal ni tak laku pon sebab tu dapat #4.. Cuma kene tunggu dapat email dari pihak DiGi yang eqal akan ke finale 31hb Mei nanti lah

Sunday, May 20, 2012

Eqal 2012 image





 

 

 

 

Skarang ni Eqal nak jadi nerd la... spek mata yang lama dah rosak dah pon... tahun ni memang ramai pakai spek mata macam ni tahun ni... 

 
Makngah & Mama

adik bongsu, Adza Isabella
 
Johan Raja Lawak & Ropie Cecupak

 
Heliza AF5

Hafiz, Juara AF7, Juara AJL 26, Juara MANIA 2012

 
Bruno Mars

Aznil Hj Nawawi

Shaheizy Sam Samad

Anuar Zain


Nabil

Eqal pon ikot lah depa tu. Memang dari dulu Eqal nak ikot depa ni pakai spek mata geek/nerd...

Friday, May 18, 2012

SUPER SPONTAN MINGGU 8

Super Spontan minggu ke-8 memang happening lah... macam-macam benda yang belaku. Sathia tersingkir, Rahim bukak uniform Angsa ganas & pakai uniform Beruang Comel, Angsa Panau Ganas menang lagi, Beruang Kutub Comel kalah lagi & malam ni birthday Boboyot & Boboiwe!!

 


 


 

Beruang Comel, jgn give up... walau dah 4 kali berturut-turut kalah, don't give up.. baru comel.. Rahim, welcome to the club Beruang Comel. to Boboyot dan Boboiwe, HAPPY BIRTHDAY eqal ucapkan... moga panjang umur ye..

 
Eqal dan Boboiwe di Finas lepas Super Spontan minggu 7 minggu lepas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-bKh45Wbjq5PH7owrLx8ce2ghw3ai_CbMTqIODzyiDF8hE4rGpCcerntEman2AUGROYv04yfBj5JPDVOQs1ibRg3c0Bo7oZvRVLjmIaJa1JXLUwS29IkwWejzGTbsTdPCZggQEEJFWWIc/s1600/IMG_3643.jpg
Birthday Cake Boboiwe tahun lepas.


Eqal dengan Boboiwe lepal FFM24 di PICC.

Sorry Boboyot, Eqal takde gambar Eqal dengan Boboyot. Insyallah kalau ade rezki kite bergamba ye.. anyways, HAPPY BIRTHDAY BOBOI!!!