Sunday, October 07, 2012

PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER



 1. Anugerah Filem Paling Hebat - KL Gangster


2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (KL Gangster)


3. Anugerah Direktor Baru Terhebat – M Suurya (Sumpahan Puaka)

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat – Hantu Bonceng

6. Anugerah Filem Takut djchef Terhebat - Khurafat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie

8. Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)

9. Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsudin (Bini- Biniku Gangster)

10. Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikri Bakar (Klip 3GP)
a

11. Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu

12. Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)

13. Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shilla (Ratu The Movie)

14. Anugerah Khas PFM – Syamsul Yusof

15. Anugerah Astro First Terhebat – Kongsi


Just wanna say congratzz kid pemenang penang Anugerah Blokbuster. Congratzz jugak kpd penganjur dan terutamanya pengacara Anugerah Blokbuster, Afdlin, Lisa Surihani dan tertamanya Zizan. You guyz rock!

Wednesday, September 26, 2012

ZAHURUL VS ZARINA 1

ZAHARUL VS ZARINA, hasil skrip Mama dan Papa yg ke 18 drp 70 buah skrip



Skrip ke 18

Tajuk: ZAHARUL VS ZARINA 1
Skrip: Martias Ali & Adza Irdawati
Pelakon: Faizal Yusof, Ani Mayuni & dll
Siaran: Telah keudara di ASTRO RIA (2008)

Drama telemovie "ZAHARUL VS ZARINA" bahagian 1 adalah hasil skrip Martias Mohd Ali dan saya membantu sama dalam proses penghasilan skrip itu.

Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "ZAHARUL VS ZARINA 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali.

SINOPSIS
======

Zaharul bencinta dengan Rina seorang setiausaha kepada seorang Dato yang merupakan seorang usahawan yang amat berjaya namun terkenal dengan sikap gatalnya. Rina menerima banyak hadiah hadiah mahal dr Dato sehingga membuatkan Zaharul curiga akan kesetiaan Rina. melihatkan Zaharul yang terlalu stress itu membuatkan Opie teman serumah yang juga merupakan seorang make up artis memberikan satu idea kepada Zaharul untuk menguji kesetiaan kekasihnya itu. Zaharul pada mulanya menolak namun bersetuju akhirnya untuk menyamar menjadi seorang perempuan dan bekerja di syarikat Rina untuk mengitip kegiatan Rina dengan Dato itu. Kini Zaharul bertukar kepada Zarina.

Pelbagai adengan lucu yang memerlukan Zaharul dan Zarina berada di satu tempat yang sama. Dato akhirnya melupakan niatnya untuk mengorat Rina kerana kini dia tertarik kepada "Zarina". Dato ini dalam misi untuk mendapatkan Zarina.

Akhirnya semua rahsia terbongkar apabila Rina menemui barangan wanita di bilik Zaharul. Rina mahu memutuskan hubungan mereka kerana menyangka bahawa Zaharul telah mempunyai wanita lain selainnya. Ini membuatkan Zaharul terpaksa mengaku bahawa dia sebenarnya adalah Zarina.

Akhirnya setelah berbincang mereka bersatu semula dan Dato akhirnya insaf untuk tidak menganggu mana mana lagi pekerja wanita kerana takut terkena seperti yang telah dilakukan oleh Zaharul/Zarina itu...

So sape sape yg free harini tengoklah Telemovie ZAHARUL VS ZARINA di Astro Ria 104 SEKARANG!

Tuesday, September 11, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!




Trafik oh trafik.. Ohh bukan trafik light ataupun polis trafik ye.. Ini mengenai trafik ke blog kata Mak Dara iaitu mama saya hehe.. Nak naikkan traffik ke blog anda..?Moh le join ye...http://www.bicaramakdara.com/2012/09/jom-naikkan-trafik-blog.html

Blog Eqal ni blog budak baru belajar.. Banyak belajar dari mama saya si MAK DARA . Mula mula rasa malas nak tulis lama lama rasa best jugak.. Saya sekolah lagi di tingkatan dua.. sekolah petang.. sempat le join segmen mama saya sebelum ke sekolah tengah hari nanti..

Selamat berkenalan semuaaaa....

Tuesday, August 21, 2012

Eqal Dan Family, Beraya Sampai Pengsan hehehe...












Ade banyak lagi gambaq Raya Eqal di SINI. Eqal sekeluarga mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

RAMADAN 2012

Sepanjang bulan puasa ni, macam macam lah. Ni lah bulan puasa yang paling penat buat Eqal sehari nak dekat 5 kali salin baju sebab asyik berpeloh... nak buat persiapan raya, ulang alik skolah rumah naik basikal, gi bazar ramadan, macam2 lah... ni nak makeover rumah dulu.

pilih warna nak cat

dah pilih color cat

color grey


 
kerusi makan umah Eqal

 
tengah jahit

sikit lg

 
dah siaap...

lampu (sebelum)

first skali bukak mentol dan kain bahagian atas tu

tudung lampu yg akan diganti

gamkan lace rambu ramba

gam ke sekeliling tudung lampu tu

 
siaaap...
Dah siap renovate umah, Eqal gi buat repot polis

Tau nape Eqal gi repot polis... Basikal Eqal buat hal lagi... hampir setiap hari basikal Eqal rosak, lebih seribu nak repair basikal ni... hari tu nak gi balik rumah, dua dua belah taya dikhianat budak budak kelas bawah... dah... last time Eqal naik besi buruk ni... hampir tiap hari Eqal angkat tolak angkat tolak basikal ni dari rumah ke skolah, dari skolah ke rumah lebih 2km... mane tak bengangnye, dahlah umah jauh, kene angkat tolak bulan puasa lagi tuh... ramai orang cakap skolah tu mmg teruk... orang yg naik basikal pon ramai complain pasal budak budak tu... jadi Eqal  dah buat keputusan nak pindah ke sekolah lain. Ade satu skolah ni, ramai cakap memang bagus, banyak aktiviti, siang malam sentiasa bukak, dekat dengan umah, takde bilangan jenayah dicatat... Kene tanye lah ade kelas kosong ke tak... Selamat hari Raya...

Monday, July 30, 2012

RIUH RAYA DI WANGSA WALK MALL BERSAMA UPIN DAN IPIN

Petang semalam famili Eqal Shopping raya kat Wangsa Walk Mall  3 minit je dari rumah nak beli baju raya. Tahin ni memang nak beli awal daripada tahun yg sudah sebab senang sikit drp beli seminggu sblm raya. Tapi tumpuan untuk membeli baju terus beralih bile Eal ngan adik adik nampak patung Upin Ipin, katon favorite Eqal kat tengah tengah Wangsa Walk Mall tu. Upin Ipin buat show utk bulan puasa kat sana setiap sabtu dan ahad. Ape lagi, daripada tengok je, Eqal dengan adik adik join sekali acara yg dianjurkan oleh depa.

 
Danina menjawab soalan kuiz dr Upin & Ipin

Upin tarik Eqal utk join sekali acara yg depa anjurkan. Eqal dpt 1st price...
 
Lepaih tu, depa nak buat Chicken Dance dengan budak budak. Walaupun Eqal hafal step chicken dance, eqal tanak join la sebab Eqal segan nak dance sekali. Lagipun it's for kids. I'm not a kid anymore hehehe.

Eqal adik adik dengan Ipin.


Memang best dapat jumpa Upin Ipin kat sane.. Ingatkan lepaih tu dah letih nak jalan jalan cari baju raya tapi lepas tu terus tarik ke kedai cari baju raya hahahaha.. depa buat show ni tiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan puasa jam 2.00-2.30 dan 5.30-6.00.

AYAM GOLEX D'ADZA

Ada Baazar Ramadan yang dipanggin "Perkampungan Ramadan" telah diadakan di Bukit Jalil.  Lebih 50 orang artis yang bernaung di bawah Barisan Artis Nasional (BRAN) telah sertai dan hangatkan baazar ramadan kat Nostalgia Perkampungan Ramadhan Bukit Jalil (PRBK) pada Start 20 Julai sampai pagi raya nanti. PRBJ merupakan cetusan idea barisan artis yang mahukan kemeriahan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama-sama dengan para peminat yang beraya di KL tahun ni dan salah satu peniaga di bazaar itu adalah mak sedara dan pak sedara Eqal, Makngah (Adza Tuty), Maklong (Adza Iyanie), dan Paklong (Tengku Noorkhizam) . Ape yg depa niaga kat sana?? Jengjengjeng...


Ayam Golex tuuuuu.. Haaa ni golex bukan sebarang golex ye.. resepi ayam golex ni adalah resepi turun temurun dari Paklong tu.. Memang secret resepi dari turun temurun amilinye dari Kedah tauuu.. Memang meriahhhh betul bazaar ramadhan ni..D'ADZA ni nama band family Eqal. Family Eqal semuanya orang muzik. Atok nenek, tok wan, mama papa, mak sedara pak sedara, sepupu sepapit, adik beradik semuanya pandai bidang muzik termasuklah Eqal. Nama 'ADZA' ni dipetik daripada nama Atok Nenek Eqal, ADenan Arshad (Wan) = ZAleha (Tok) = ADZA.

 
antara artis yang meniaga kat PERKAMPUNGAN RAMADHAN

Maklong kat depan gerai AYAM GOLEX D'ADZA

 
di gerai AYAM GOLEX D'ADZA. Uncle Yusof Kelana, kawan mama papa pon nak beli AYAM GOLEX kite.
Makngah tengah 'golex' ayam

 
Paklong (yg duduk kat kerusi) tgh sembang ngan kawan die.

full view gerai AYAM GOLEX D'ADZA

 
Makngah dgn Dato AC Mizal dan Datin Emmy yg niaga sekali kat PERKAMPUNGAN RAMADAN BUKIT JALIL

Antara barisan artis yang meniaga di PERKAMPUNGAN RAMADHAN

Haaaa memang meriah Perkampungan Ramadhan ni.. Ramaiiiii benor artis yang turun padang meniaga di sana.. Pada yang duduk dekat dekat ngan Bukit Jalil tu skali skale mai la singgah singgah membeli juadah berbuka puasa di sana... Dan jangan lupa beli AYAM GOLEX D'ADZA.. Sekali makan mesti hari hari mauuuuuuuuuuuuu....