Saturday, August 29, 2015

KETUMBUHAN DALAM PERUT KASIH

Assalam duhai teman.. 
minggu lalu merupakan antara minggu duka buat Haiqal dan keluarga.. Ini kerana adik Qal iaitu Adza Kasih telah dimasukkan ke wad onkologi di Institut Pedeatrik HKL kerana mempunyai ketumbuhan dalam perutnya.. 

Ceritanya bermula dari bulan puasa yang lalu lagi apabila Kasih merasakan terdapat satu biji di dalam kawasan perutnya. Pada mulanya Mama tidak syak apa apa kerana Kasih tidak mengadu sakit namun pada minggu lalu biji itu semakin besar dan kasih mulai demam dan mengadu sakit. Mama terus membawa Kasih ke klinik berdekatan dan Doktor yang merawat Kasih terus mengeluarkan surat dan refer kes kasih ini ke bahagian pediatrik HKL. Dan sesampai di sana doktor yang merawat Kasih mulai bertanya simtom simtom yang dialami Kasih dan dia kemudian bertanya tentang sejarah kesihatan keluarga kami. Setelah diberitahu bahawa ayah kami sahaja meninggal pada tahun lalu akibat kanser darah dan ayah suami dan pakciknya juga telah meninggal dunia akibat Kanser doktor terus memandang serius akan ketumbuhan di perut Kasih itu dan mereka meminta Kasih menjalani beberapa ujian termasuk ultrasound

kasih di wad pedeatrik HKL

Kasih menjalani ultrasound

Beberapa orang pakar turut dipanggil untuk memeriksa Kasih termasuk Pakar Kulit dan Pakar Bedah. Setelah berbincang mereka mengambil keputusan untuk mengeluarkan ketumbuhan di dalam perut kasih secepat Mungkin. Jadi Kasih dimasukkan ke wad onkologi. 

Kuat benar ujian yang diberikan kepada kami sekeluarga.. Namun kami tawakal dan terus berdoa agar pembedahan Kasih berjalan lancar.

Keesokkan harinya Kasih di bawa ke dewan bedah. Dan bagai ditikam tikam dada Qal seraya melihat Kasih dibawa pergi.



Masa seakan terhenti.. Qal pun tak pasti berapa lama waktu yang diambil dalam pembedahan itu yang pasti Qal tak putus berdoa buat adik Haiqal. Di ruang menunggu terdapat banyak ibu bapa yang turut keresahan menunggu anak mereka di dewan bedah itu. Tiba tiba kelihatan jururawat membawa Kasih keluar dari bilik bedah dan kami terus mengikuti mereka masuk ke wad. 

Alhamdullilah pembedahan Kasih berjalan lancar dan ketumbuhan itu berjaya dikeluarkan. Doktor menyatakan bahawa mereka akan mengambil sample dari ketumbuhan yang dikeluarkan itu dan akan memberi keputusannya pada bulan sepuluh nanti. Walaupun lambat untuk mengetahui apakah ketumbuhan itu namun kami berdoa agar ia tak membahayakan kesihatan Kasih insyaallah.

Dan setelah beberapa ketika Kasih dapat keluar dari wad dan kami membawanya pulang. Seminggu telah berlalu kini Kasih dah semakin sihat. Kasih juga telah kembali ke sekolah. Syukur alhamdullilah semuanya telah berlalu.. Semoga kami mendapat keputusan yang baik baik saja pada oktober nanti insyaallah.