Thursday, January 16, 2014

HARI PERTAMA HARI PENGGAMBARAN KAPSUL

Assalam. Hari ini 16hb Januari 2014 maka adalah hari pertama bagi penggambaran Filem Kapsul . Lokasi penggambaran adalah di Kuala Kangsar. Dan untuk babak pertama yang akan difilemkan hari ini adalah di sebuah kawasan hutan yang diubah menjadi markas atau tempat persembunyian komunis. Pelakon yang terlibat untuk hari pertama penggambaran filem ini ialah Zaidi Omar, Yang Kassim dan ramai lagi. Qal nak kongsikan dengan korang gambar gambar eksklusif sekitar penggambaran Filem KAPSUL . 



Martias Ali (Ayah Qal) pengarah bagi filem ini adoii siap pakai 
sapa punya rambut palsu tu yang oiii hahaha
bersama Uncle Misnin Ehsan EP sedang menunggu set siap

set lokasi


sedang membina set lokasi 






Papa tengah mengarah

kusyuk betul Papa ni

Filem Kapsul akan menjalani penggambaran selama 28 hari dn hampir 60 peratus penggambran akan dilakukan di Kuala Kangsar dan selebihnya di Kuala Lumpur. Mari kita doakan agar penggambaran filem KAPSUL ini berjalan lancar dan semoga dipermudahkan insyaa allah..

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

#Gambar ehsan dari KAPSUL FAN PAGE

Wednesday, January 15, 2014

MAJLIS PELANCARAN FILEM KAPSUL

Semalam bertempat di pejabat Two Tones Sdn Bhd Cyberjaya maka berlangsunglah Majlis Doa Selamat Filem Kapsul. Filem ini diterbitkan oleh Encik Amru Najmi dan diarahkan oleh Papa saya Martias Mohd Ali dan akan menjalani penggambaran pada 15hb Januari iaitu besok selepas di tangguh penggambarannya hampir sebulan akibat hujan. Qal nak share dengan anda beberapa keping gambar yang telah di snap oleh pihak penerbit ketika Majlis berlangsung.



Majlis dimulakan dengan selawat 
keatas junjungan Nabi Muhammad SAW sempena 
Hari Maulidur Rasul


Ucapan producer En Amru "maju lah filem melayu yg 
dihasilkan oleh anak melayu bertemakan kenegaraan.
tiada cerita gangster,tiada cerita hantu

ucapan oleh Papa Martias Ali selaku
pengarah bagi Filem Kapsul

antara blogger yg turut hadir ialah
Uncle Gedek Dan Anastasya Aida ;)

sebahagian barisan pelakon yang membintangi KAPSUL

En Amru Najmi Dan Martias Ali

Filem KAPSUL ini bakal membariskan barisan pelakon terkenal tanah air yang mana hampir 75 peratus daripada mereka pernah memenangi atau merangkul pelbagai anugerah dalam industri perfileman tanah air . Para pelakon yang membintangi filem ini ialah Datuk Rahim Razali ,  Adlin Aman Ramli , Zaidi Omar, Normah Damanhuri,  Zamarulhisham ,  Jue Aziz, Mubarak Majid,  Shahruddin Tamby ,  Sharonizam , Adam Corie Lee, Meor Hashim Manap , Qazim Nor , T.S Jeffry ,  Haerianto Hassan ,  Aman Garseka ,  Kenji Sawahi , Joey Daud ,  Zamri GK ,  Ahya , Irfan Khairi , Zack X Factor,  Fadilah Mansor,  Abdul Manan Sulaiman , Ann Yusof ,Ucop Cecupak  dan Reza Fuad.

Filem KAPSUL mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020. Dan Filem ini dianggarkan menelan belanja hampir RM2.3 juta. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir . Tahniah dan selamat maju Jaya kepada Two Tones Sdn Bhd. Dan all the best buat Papa yang akan mengarahkan filemnya yang pertama. Semoga penggambaran filem ini yang akan dimulakan mulai esok berjalan lancar dan dipermudahkan amin. Insyaa Allah.

Tuesday, January 14, 2014

IDEA BASI?

IDEA BASI.. Tak kisah lah Idea untuk menulis skrip ke , menulis novel ke, menulis karangan kat sekolah ke ataupun menulis entry di Blog.. Tapi kalau yang dipublish itu seakan sesuatu yang dirasakan BASI.. Maka siapa yang harus dipersalahkan??

Haaa berat naw nawlah hai topik Qal pepagi ni kan.. Sebenarnya topik ini tercetus apabila Mamm call Qal katanya Papa Qal, Martias Ali keluor paper berita harian dan membincangkan tentang isu IDEA BASI.. Apa lagi Qal pun terus lah keluor beli.




Dalam ruangan HIP muka surat 23 @ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ideabasi/m/mArticle itu maka Papa berbincang tentang "Isu basi" bagi drama drama melayu masa kini.. Ye lah asyik asyik cerita tentang cinta terhalang.. Cerita cinta tiga segi. Cerita terpaksa kahwinkan anak atas urusan perniagaan, kisah curang.. balik balik cerita macam tu aje kan.. Kenapa takde cerita yang luar dari norma. Lain dari yang lain, yang unik, yang out of the box. 

Rata rata pasti akan salahkan penulis skrip kan?? Mesti ada yang kata dah penulis tulis cerita yang samaaaa aje, penulis dah kering idea, idea penulis dah basi.. Tapi jangan disalahkan penulis 100% kerana kebanyakkan penulis skrip mahukan kelainan.. Kebanyakkan teman mak dara yang terdiri dari penulis skrip banyak membuat cerita yang sungguh luar biasa dan ala ala hollywood.. Namun hampir semua proposal mereka ditolak kerana takut penonton dan pihak televisyen tak boleh terima. Takut rating jatuh.  Maka hampir semua proposal yang unik dan diluar dari genre biasa berakhir di tong sampah.. Jadi apa yang tinggal? Tinggal lah cerita cerita yang klise , cerita yang dah biasa ditonton berulang ulang ulang ulang kali namun pelakon sahaja yang berbeza. 

Someday Qal pun nak jadi penulis skrip. Tapi tulah, bila Qal tengok Mama dan Papa, bukan mudah nak jadi penulis skrip ni.. Nak tulis yang luar biasa takut tak diterima, nak tulis kisah yang biasa saja katanya idea basi.. Sabor je lah.. Rasanya semua pekerjaan di dunia pun ada masalah tersendiri ye tak? So satu hari nanti, Qal, Mama dan Papa nak cuba menampilkan lebih banyak skrip skrip drama berunsur kan keagamaan.

Saturday, January 11, 2014

DIA ISABELLA LAMBANG CINTA YANG LARA...

Isabella Adalah......
Isabella adalah

Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah

Haaaaaaaa kan dah ternyanyi la pulop Haiqal pepagi ni.. Ni bukan entry nak teka lirik ya.. Ini entri khas buat adik Haiqal, Adza Isabella. Sebenarnya semalam 11hb Jan 2014 maka genaplah umur adik bongsu Qal iaitu Adza Isabella 7 tahun. Haaa sama dengan tarikh harijadi Dato SIti Nurhaliza lagi uols.. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..
Happy Birthday Isabella


keluarga terdekat meraikan harijadi Isabella

Adza Isabella dan kakaknya Adza Kasih

Selamat Hari jadi Isabella!!!

Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella semalam.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Pasti ada ramai yang tertanya macam mana Mama boleh dapat nama Isabella tu.. Sebenarnya masa mengandung Mama mengambil masa dekat tiga bulan untuk mak mencari nama untuk baby dalam kandungan mak tu dan setelah hampir 3 buah buku nama nama anak yang Mama beli dan khatam maka Mama ambil keputusan untuk letakkan nama baby mak dara itu ADZA NAILI NAIMA . Dan semasa Mak Dara sakit nak bersalin dan on the way ke hospital tiba tiba lagu ISABELLA nyanyian Amy search dimainkan oleh DJ. dan sepantas itu juga Papa terus cakap dia nak namakan baby tu Isabella.. Hmmm Mama yang menahan sakit pun iyakan ajelah tanpa pikir panjang. Jadi pada petang 11hb Januari 2007 maka lahirlah ADZA ISABELLA BT MARTIAS....