Wednesday, June 13, 2012

JOM BIKIN FILEM...

Okay Eqal nak join segmen yang dianjurkan oleh MAMA EQAL sendiri, Mak Dara, segmen JOM BIKIN FILEM. Sebenanye Eqal memang nak jadi scriptwriter macam Mama ngan Papa. depa buat lebih 80 buah skrip. Sbab tu Eqal buat blog.

Tapi kalau selain dari filem, macam shortfilm, parody, boleh jugak kan? 3 bulan lepas, Eqal, bapak sedara Eqal (Adza Edie Izwan @ Edie. Eqal panggil Pokcik) ngan kawan bapak sedare Eqal (Mohd Hanifah @ Anips. Eqal panggil Uncle Anip) ade buat parody ANAKKU RAZALI.

 

Eqal boleh la cite sebanyak sedikit pasal cite ni. Pokcik pegang watak Razali (Jiran Orang Tua dan Eqal). Uncle Anip, Orang Tua (Jiran Razali dan Eqal). Eqal, errr... orang rumah kot (Jiran Razali dan Orang Tua). Razali, balik lambat dalam keadaan mabuk. Jadi Orang Tua nak uji Razali samaada Razali ni mabuk ke tak. Dia uji Razali dengan berjalan macam biasa, mengeja nama sendiri dan mengira. Razali gagal. Sah Razali tu mabuk. Depa pon bergaduh lah. Selepas depa gaduh baru Razali sedaq, Orang Tua tu saje nak kenakan Razali. Jadi dia salah bapak. Orang tua tu rupa-rupanya jiran sebelah Razali. Razali kan mabuk, dia tak tau mana satu rumahnya dan bapaknye yang sebenarnya. Jadi Razali pon balik ke rumah asalnya. Last, Orang Tua tu pan salah rumah jugak. Orang Tua tu jiran sebelah Eqal jugak. Orang tua tu kan dah tua, dah nyanyok, same tak tau mana satu rumah die ang sebenanya. Rumah tu rumah Eqal. ~TAMMAT~


Camtu lah citenye. Tapi belum upload kat YouTube lagi. Sat lagi upload ye.

Saturday, June 09, 2012

Senarai Penuh Pemenang DiGi WWWOW AWARD 2012

 
Assalammualaikum.. Berikut adalah info senarai Pemenang DiGi WWWOW AWARDS 2012
 yang Eqal dapat dari laman sesawang TWITTER oleh DiGi

Astro: Top Online Over-Achiever Under 15 Winner

Google: Most Inspiring Internet for Good Winner

InMobi: Short Film of the Year Award Winner
Terima Kasih Malaysia:Belacan  
Online Shop of the Year Winner
FriendlyFashion 
Lowyat: Fav Tech Head Winner 
Keiths.blog 
Malaysiakini: Photo Journalist of the Year Winner
Sea Gypsies 

MSN: Breakthrough Star of the Year Winner
Talents of SMK Seafield

Mudah.my: Most Promising Webpreneur of the Year
Christy Ng Shoes 

Nuffnang: Blogger of the YearWinner
Bro, Don't Like That La, Bro
http://dontlikethatbro.blogspot.com/

Nuffnang: Fav Kay Poh Winner
RotiKaya

Nuffnang: Fav Makan-makan Expert Winner
Fried Chillies 

Samsung: App of the Year Winner
First Words for Geeks

Innity: Funniest Video of the YearWinner


Yahoo: Social Media Gathering of the Year Winner


People's Choice of the Year Winner
MyHazman 

Best of the Best Winner
PetFinder.com

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
semua gambar adalah hak milik Digi @ https://twitter.com/#!/DiGi_Telco

Wednesday, June 06, 2012

Nak update ape

 

Eqal nak update ake kat blog eh... Nak update ape eh... DiGi WWWOW pon tak dapat lagi takde smagat, takde mood nak update post... Nak cari gosip ape eh... Takde idea lah... Nak update ape harini eh... what to do... what to do...

Saturday, June 02, 2012

SUPER SPONTAN FINAL

Photo: #SuperSpontan kembali bersama Datuk Harris.. sambil-sambil tu jangan lupa undi anda! Taip SS20 <jarak> Nama Peserta dan hantar ke 32888
Dato' AC Mizal pengacara Ramalan Super Spontan Akhir

Photo: #SuperSpontan bersama Zahid dan Riezman dari Angsa Ganas..
 Photo: #SuperSpontan - Bersama Baby Face dan Bell dari Beruang Comel
 AC bersama peserta yang tersingkir

Photo: #SuperSpontan Demonstrasi bersama AMIR, Reza Zainal dan Rashid Salleh..
 Photo: #SuperSpontan - Siapa suka Amir dibuli Pengurus AG dan BC? LIKE! LIKE! LIKE gambar ni!
 Amer-rekka muu!!

Photo: #SuperSpontan - Pengurus pasukan!
 1st time pengurus kumpulan main Beku

Photo: #SuperSpontan - Pembukaan bersama Boboi.. Super Spontan Akhir!


Photo: #SuperSpontan - BEKU dimulakan oleh Pengurus Pasukan Angsa Ganas dan Beruang Comel..

Photo: #SuperSpontan - FREEZE!
 FREEZE

Photo: #SuperSpontan - Walaupun Amir dibuli dalam Ramalan Super Spontan tadi.. tapi masih nak cari pasal..
Amir cari pasal lagi

Photo: #SuperSpontan - Hujah pasal Juliana Evans.. ehemm ehemm
 Juliana Evans??

Photo: #SuperSpontan - Berhujah tentang masalah suami isteri.. :P
 Masalah laki bini

Photo: #SuperSpontan - Kacukan Manusia dan Robot?
 Kacukan Manusia dan Robot?

Photo: #SuperSpontan - Tu dia Amir.. cari pasal dengan Tauke pulak..
 Cari pasal lagi

Photo: #SuperSpontan - Apa barang yang mereka ciptakan tu?
 Ciptaan

Photo: #SuperSpontan - Selesa betul Amir sandar kat Adibah Noor..
 Selesenye Amir sandar kat Adibah Noor

Photo: #SuperSpontan - Jom nyanyi bersama Finalis Super Spontan! 
Lagu untukmu

Photo: #SuperSpontan - RAHIM!
 Rahim dapat tempat ke-5

Photo: #SuperSpontan - ROPIE! 
Ropie dapat tempat ke-5

Photo: #SuperSpontan - SUHAIMI!
Suhaimi dapat tempat ke-4

Photo: #SuperSpontan - TAUKE!
 TAUKE TEMPAT KE-3

Photo: #SuperSpontan - JOHAN!
JOHAN NAIB JUARA




Photo: #SuperSpontan - ZIZAN!






  
ZIZAN JUARA SUPER SPONTAN


Gambar eqal dengan Zizan Juara Super Spontan 3 minggu sebelum dia menang

Congrats kepada penenang..! jumpa lagi di Super Spontan minggu ke-2.. Peace Yall!!!

Friday, June 01, 2012

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 - kini). Esok merupakan kali ke-55 rakyat Malaysia menymbut Hari Keputraan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong



 
Ni atok Eqal, Adenan Arshad (kanan), seorang guru yang telah bersara. Eqal mesra dengan panggillan Wan. Wan terima anugerah pingat P.J.K (Pingat Jasa Kebaktian) dari Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (kiri, yang tengah tu penolongnya) di Istana Anak Bukit, Alor Star. Pingat ini dikurniakan kepada seseorang yang telah menyumbangkan khidmat dan telah menunjukkan perkhidmatan taat, setia dan berbakti kepada negeri dan negara dalam apa jua lapangan sekali pun. 32 tahun Wan lebih berkhidmat untuk masyarakat dan negara. 

 Ni kat jemputan Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Eqal tahun lepas.Tahun ni tak dapat


 
 Ni pulak Kek Diraja tahun lepas.

Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok buat julung kalinya diadakan kat Istana Negara baru, Jalan Duta. Sebelum ni upacara pertabalan Tuanku Abdul Halim sbagai Yg di-Pertuan Agong ke-14 berlangsung dengan penuh istiadat di Istana Negara berkenaan April lpas. Pertabalan bersejarah itu menyaksikan Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dalam kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun dan kini 12 tahun kemudian, Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84. La ni, Istana Negara yang menjadi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia bakal berlangsung sambutan penuh istiadat Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong secara rasminya disambut tiap Sabtu pertama bulan Jun, tak kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu yang sedang memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong. Acara sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong telah dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara semalam sempena malam Jumaat semalam. Acara kemuncak sambutan akan diadakan mulai esok pagi dengan istiadat mengarak panji-panji Seri Paduka Baginda di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, dan diikuti dengan istiadat menghadap dan pengurniaan darjah-darjah kebesaran Persekutuan di Istana Negara. Ia kali pertama istiadat itu diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang boleh memuatkan seramai 1,000 yang menghadiri Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Jamuan Teh Diraja sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan lusa di perkarangan Istana Negara dan dijangka dihadiri kira-kira 3,000 jemputan. Semoga Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong dan Jamuan Teh Diraja berjalan lancar dan semoga Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Sultanah Haminah Hamidun panjang umur dan murah rezeki...




DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU!