Monday, May 28, 2012

29 Mei di Malaysia

29 Mei, tarikh yang tak boleh Eqal n rakyat Malaysia lupakan. 29 May adalah Hari Seniman dan tarikh pemergian sorang seniman yang besar, Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, salah sorang drp idol Eqal. Bermula tahun 2008, warga hiburan akan menyambut Hari Seniman Negara pada setiap 29 Mei bagi menghargai jasa seniman yang banyak berbakti kepada bangsa dan negara. Tarikh itu juga dipersetujui dengan sebulat suara bersempena memperingati tarikh pemergian Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee.


Gambar Hari Seniman

Barisan pertama dari kiri: Ahmad Daud, Ahmad Mahmud, Ali Rahman, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Bat Latiff, Daeng Idris, Ed Osmera, Ghazali Sumantri, Haji Mahadi.

Barisan kedua dari kiri: Hashimah Yon, Ibrahim Pendek, Jins Shamsudin, Kasma Booty, Kemat Hassan, Latifah Omar, M.Zain, Mak Dara, Malek Selamat, Malek Sutan Muda.

Barisan ketiga dari kiri: Maria Menado, Mariam, Mariani, Musalmah, Mustapha Maarof, Neng Yatimah, Noor Azizah, Nordin Ahmad, Normadiah, Omar Rojik.

Barisan keempat dari kiri: Osman Gumanti, P.Ramlee, Puteh Lawak, Rokiah Jaafar, Rokiah Wandah, Roseyatimah, Rosnani, S. Kandarisman, S. Roomai Noor, S. Shamsudin.

Barisan kelima dari kiri: Saadiah, Salleh Kamil, Salmah Ahmad, Saloma, Sarimah, Sharif Medan, Shariff Dol, Sipot Sarawak, Sophia Ibrahim, Udo Omar.

Barisan keenam dari kiri: Umi Kalthum, Wahid Satay, Yusof Latiff, Zaharah Agus, Zaiton.




Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Seniman berlawak
Mereka terbahak
Seniman bernyanyi
Mereka menari

Seniman bersedih
Mereka beralih,

Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Seniman di atas,
Mereka memuja,

Semiman di bawah,
Mereka mengeji.

Namun mereka lupa,
Mereka pernah terbahak
Mereka pernah menari
Mereka pernah memuja

Kerana mereka lupa,
Seni itu anugerah Yang Esa
Untuk insan yang bergelar SENIMAN.

Seni itu halus,
Seni itu indah,
Seni itu wadah,

Karya Martias Mohd Ali (papa)

28 Mei 2011
Kuala Lumpur



Tak lupe jugak, harini, 29 Mei 2012, genap 39 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee atau nama betulnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Kalaulah sampai la ni dia hidup lagi, Allahyarham dah 83 tahun tp nak buat macamane? Tuhan lebih sayang Arwah.

Upacara pengebumian Arwah pada 29 Mei 1973

Pusara P.Ramlee
Mari kite sama sama sedekah al-fatihah kpd Allahyarham P.Ramlee dan seniman-seniman yang dah lama tinggalkan kita agar mereka ditempat dgn kalang orang-orang beriman.

1 comment:

Unknown said...

Al-Fatihah pada yang telah pergi...