Tuesday, January 14, 2014

IDEA BASI?

IDEA BASI.. Tak kisah lah Idea untuk menulis skrip ke , menulis novel ke, menulis karangan kat sekolah ke ataupun menulis entry di Blog.. Tapi kalau yang dipublish itu seakan sesuatu yang dirasakan BASI.. Maka siapa yang harus dipersalahkan??

Haaa berat naw nawlah hai topik Qal pepagi ni kan.. Sebenarnya topik ini tercetus apabila Mamm call Qal katanya Papa Qal, Martias Ali keluor paper berita harian dan membincangkan tentang isu IDEA BASI.. Apa lagi Qal pun terus lah keluor beli.




Dalam ruangan HIP muka surat 23 @ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ideabasi/m/mArticle itu maka Papa berbincang tentang "Isu basi" bagi drama drama melayu masa kini.. Ye lah asyik asyik cerita tentang cinta terhalang.. Cerita cinta tiga segi. Cerita terpaksa kahwinkan anak atas urusan perniagaan, kisah curang.. balik balik cerita macam tu aje kan.. Kenapa takde cerita yang luar dari norma. Lain dari yang lain, yang unik, yang out of the box. 

Rata rata pasti akan salahkan penulis skrip kan?? Mesti ada yang kata dah penulis tulis cerita yang samaaaa aje, penulis dah kering idea, idea penulis dah basi.. Tapi jangan disalahkan penulis 100% kerana kebanyakkan penulis skrip mahukan kelainan.. Kebanyakkan teman mak dara yang terdiri dari penulis skrip banyak membuat cerita yang sungguh luar biasa dan ala ala hollywood.. Namun hampir semua proposal mereka ditolak kerana takut penonton dan pihak televisyen tak boleh terima. Takut rating jatuh.  Maka hampir semua proposal yang unik dan diluar dari genre biasa berakhir di tong sampah.. Jadi apa yang tinggal? Tinggal lah cerita cerita yang klise , cerita yang dah biasa ditonton berulang ulang ulang ulang kali namun pelakon sahaja yang berbeza. 

Someday Qal pun nak jadi penulis skrip. Tapi tulah, bila Qal tengok Mama dan Papa, bukan mudah nak jadi penulis skrip ni.. Nak tulis yang luar biasa takut tak diterima, nak tulis kisah yang biasa saja katanya idea basi.. Sabor je lah.. Rasanya semua pekerjaan di dunia pun ada masalah tersendiri ye tak? So satu hari nanti, Qal, Mama dan Papa nak cuba menampilkan lebih banyak skrip skrip drama berunsur kan keagamaan.

No comments: