Saturday, January 11, 2014

DIA ISABELLA LAMBANG CINTA YANG LARA...

Isabella Adalah......
Isabella adalah

Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah

Haaaaaaaa kan dah ternyanyi la pulop Haiqal pepagi ni.. Ni bukan entry nak teka lirik ya.. Ini entri khas buat adik Haiqal, Adza Isabella. Sebenarnya semalam 11hb Jan 2014 maka genaplah umur adik bongsu Qal iaitu Adza Isabella 7 tahun. Haaa sama dengan tarikh harijadi Dato SIti Nurhaliza lagi uols.. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..
Happy Birthday Isabella


keluarga terdekat meraikan harijadi Isabella

Adza Isabella dan kakaknya Adza Kasih

Selamat Hari jadi Isabella!!!

Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella semalam.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Pasti ada ramai yang tertanya macam mana Mama boleh dapat nama Isabella tu.. Sebenarnya masa mengandung Mama mengambil masa dekat tiga bulan untuk mak mencari nama untuk baby dalam kandungan mak tu dan setelah hampir 3 buah buku nama nama anak yang Mama beli dan khatam maka Mama ambil keputusan untuk letakkan nama baby mak dara itu ADZA NAILI NAIMA . Dan semasa Mak Dara sakit nak bersalin dan on the way ke hospital tiba tiba lagu ISABELLA nyanyian Amy search dimainkan oleh DJ. dan sepantas itu juga Papa terus cakap dia nak namakan baby tu Isabella.. Hmmm Mama yang menahan sakit pun iyakan ajelah tanpa pikir panjang. Jadi pada petang 11hb Januari 2007 maka lahirlah ADZA ISABELLA BT MARTIAS....

No comments: