Saturday, January 11, 2014

DIA ISABELLA LAMBANG CINTA YANG LARA...

Isabella Adalah......
Isabella adalah

Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah

Haaaaaaaa kan dah ternyanyi la pulop Haiqal pepagi ni.. Ni bukan entry nak teka lirik ya.. Ini entri khas buat adik Haiqal, Adza Isabella. Sebenarnya semalam 11hb Jan 2014 maka genaplah umur adik bongsu Qal iaitu Adza Isabella 7 tahun. Haaa sama dengan tarikh harijadi Dato SIti Nurhaliza lagi uols.. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..
Happy Birthday Isabella


keluarga terdekat meraikan harijadi Isabella

Adza Isabella dan kakaknya Adza Kasih

Selamat Hari jadi Isabella!!!

Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella semalam.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Pasti ada ramai yang tertanya macam mana Mama boleh dapat nama Isabella tu.. Sebenarnya masa mengandung Mama mengambil masa dekat tiga bulan untuk mak mencari nama untuk baby dalam kandungan mak tu dan setelah hampir 3 buah buku nama nama anak yang Mama beli dan khatam maka Mama ambil keputusan untuk letakkan nama baby mak dara itu ADZA NAILI NAIMA . Dan semasa Mak Dara sakit nak bersalin dan on the way ke hospital tiba tiba lagu ISABELLA nyanyian Amy search dimainkan oleh DJ. dan sepantas itu juga Papa terus cakap dia nak namakan baby tu Isabella.. Hmmm Mama yang menahan sakit pun iyakan ajelah tanpa pikir panjang. Jadi pada petang 11hb Januari 2007 maka lahirlah ADZA ISABELLA BT MARTIAS....

Saturday, February 23, 2013

I'M BACK!


Salam Bloggers. Yes, I'm back! Dah lame aku tak update blog nih. Macam2 dok jadi mase tak update. Sat lagi aku cite na...

Sunday, October 07, 2012

PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER



 1. Anugerah Filem Paling Hebat - KL Gangster


2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (KL Gangster)


3. Anugerah Direktor Baru Terhebat – M Suurya (Sumpahan Puaka)

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat – Hantu Bonceng

6. Anugerah Filem Takut djchef Terhebat - Khurafat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie

8. Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)

9. Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsudin (Bini- Biniku Gangster)

10. Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikri Bakar (Klip 3GP)
a

11. Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu

12. Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)

13. Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shilla (Ratu The Movie)

14. Anugerah Khas PFM – Syamsul Yusof

15. Anugerah Astro First Terhebat – Kongsi


Just wanna say congratzz kid pemenang penang Anugerah Blokbuster. Congratzz jugak kpd penganjur dan terutamanya pengacara Anugerah Blokbuster, Afdlin, Lisa Surihani dan tertamanya Zizan. You guyz rock!

Wednesday, September 26, 2012

ZAHURUL VS ZARINA 1

ZAHARUL VS ZARINA, hasil skrip Mama dan Papa yg ke 18 drp 70 buah skrip



Skrip ke 18

Tajuk: ZAHARUL VS ZARINA 1
Skrip: Martias Ali & Adza Irdawati
Pelakon: Faizal Yusof, Ani Mayuni & dll
Siaran: Telah keudara di ASTRO RIA (2008)

Drama telemovie "ZAHARUL VS ZARINA" bahagian 1 adalah hasil skrip Martias Mohd Ali dan saya membantu sama dalam proses penghasilan skrip itu.

Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "ZAHARUL VS ZARINA 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali.

SINOPSIS
======

Zaharul bencinta dengan Rina seorang setiausaha kepada seorang Dato yang merupakan seorang usahawan yang amat berjaya namun terkenal dengan sikap gatalnya. Rina menerima banyak hadiah hadiah mahal dr Dato sehingga membuatkan Zaharul curiga akan kesetiaan Rina. melihatkan Zaharul yang terlalu stress itu membuatkan Opie teman serumah yang juga merupakan seorang make up artis memberikan satu idea kepada Zaharul untuk menguji kesetiaan kekasihnya itu. Zaharul pada mulanya menolak namun bersetuju akhirnya untuk menyamar menjadi seorang perempuan dan bekerja di syarikat Rina untuk mengitip kegiatan Rina dengan Dato itu. Kini Zaharul bertukar kepada Zarina.

Pelbagai adengan lucu yang memerlukan Zaharul dan Zarina berada di satu tempat yang sama. Dato akhirnya melupakan niatnya untuk mengorat Rina kerana kini dia tertarik kepada "Zarina". Dato ini dalam misi untuk mendapatkan Zarina.

Akhirnya semua rahsia terbongkar apabila Rina menemui barangan wanita di bilik Zaharul. Rina mahu memutuskan hubungan mereka kerana menyangka bahawa Zaharul telah mempunyai wanita lain selainnya. Ini membuatkan Zaharul terpaksa mengaku bahawa dia sebenarnya adalah Zarina.

Akhirnya setelah berbincang mereka bersatu semula dan Dato akhirnya insaf untuk tidak menganggu mana mana lagi pekerja wanita kerana takut terkena seperti yang telah dilakukan oleh Zaharul/Zarina itu...

So sape sape yg free harini tengoklah Telemovie ZAHARUL VS ZARINA di Astro Ria 104 SEKARANG!

Tuesday, September 11, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!




Trafik oh trafik.. Ohh bukan trafik light ataupun polis trafik ye.. Ini mengenai trafik ke blog kata Mak Dara iaitu mama saya hehe.. Nak naikkan traffik ke blog anda..?Moh le join ye...http://www.bicaramakdara.com/2012/09/jom-naikkan-trafik-blog.html

Blog Eqal ni blog budak baru belajar.. Banyak belajar dari mama saya si MAK DARA . Mula mula rasa malas nak tulis lama lama rasa best jugak.. Saya sekolah lagi di tingkatan dua.. sekolah petang.. sempat le join segmen mama saya sebelum ke sekolah tengah hari nanti..

Selamat berkenalan semuaaaa....