Friday, June 01, 2012

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 - kini). Esok merupakan kali ke-55 rakyat Malaysia menymbut Hari Keputraan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong



 
Ni atok Eqal, Adenan Arshad (kanan), seorang guru yang telah bersara. Eqal mesra dengan panggillan Wan. Wan terima anugerah pingat P.J.K (Pingat Jasa Kebaktian) dari Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (kiri, yang tengah tu penolongnya) di Istana Anak Bukit, Alor Star. Pingat ini dikurniakan kepada seseorang yang telah menyumbangkan khidmat dan telah menunjukkan perkhidmatan taat, setia dan berbakti kepada negeri dan negara dalam apa jua lapangan sekali pun. 32 tahun Wan lebih berkhidmat untuk masyarakat dan negara. 

 Ni kat jemputan Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Eqal tahun lepas.Tahun ni tak dapat


 
 Ni pulak Kek Diraja tahun lepas.

Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok buat julung kalinya diadakan kat Istana Negara baru, Jalan Duta. Sebelum ni upacara pertabalan Tuanku Abdul Halim sbagai Yg di-Pertuan Agong ke-14 berlangsung dengan penuh istiadat di Istana Negara berkenaan April lpas. Pertabalan bersejarah itu menyaksikan Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dalam kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun dan kini 12 tahun kemudian, Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84. La ni, Istana Negara yang menjadi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia bakal berlangsung sambutan penuh istiadat Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong secara rasminya disambut tiap Sabtu pertama bulan Jun, tak kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu yang sedang memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong. Acara sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong telah dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara semalam sempena malam Jumaat semalam. Acara kemuncak sambutan akan diadakan mulai esok pagi dengan istiadat mengarak panji-panji Seri Paduka Baginda di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, dan diikuti dengan istiadat menghadap dan pengurniaan darjah-darjah kebesaran Persekutuan di Istana Negara. Ia kali pertama istiadat itu diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang boleh memuatkan seramai 1,000 yang menghadiri Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Jamuan Teh Diraja sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan lusa di perkarangan Istana Negara dan dijangka dihadiri kira-kira 3,000 jemputan. Semoga Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong dan Jamuan Teh Diraja berjalan lancar dan semoga Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Sultanah Haminah Hamidun panjang umur dan murah rezeki...




DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU!

1 comment:

Unknown said...

DAULAT TUAN KU....

JOM JOIN SEGMEN BONDE...

UP FOLLOWER TQ..

http://kumahuitu.blogspot.com/2012/06/jom-baca.html#links