Monday, April 16, 2012

MAN POS MASUK KAMPUNG


Man Pos Masok Kampung, skrip bapak aku, Martias Ali yang ke.. 80 lebih kot.. tengah on air kat astro warna sekarang.. this time baru sempat rekod. die penah buat video dengan band D'ADZA, band family aku..


bagi yang kerja yang tak sempat tengok, bace sinopsis ni.. sinopsis yang pendek yg korang cari kat web lain tu bukan sinopsis.. info ringkas je.. ni baru sinopsis Man Pos Masuk Kampong yg ori.... layann

Dari  kecil lagi Man sering menjadi penghantar surat bagi pihak abangnya (Ijoi). Bukan kerana dia dipaksa tetapi kerana dia dapat ke rumah Haji Ramli dan bertemu dengan Jamilah adik kepada Wawa. Man meminati Wawa namun ia tidak pernah luahkan kerana perasaan malunya walaupun ia telah menulis sepucuk surat cinta kepada Jamilah kerana sering diejek oleh Ucop.  10 tahun berlalu Man berkerja sebagai seorang posmen dan telah bertugas dibeberapa buah negeri. Kini Man telah ditugaskan bekerja di negeri Terangganu.

Man adalah seorang posmen yang amat disenangi oleh orang kampung. Sikapnya peramah dan suka membantu orang lain. Kerana kecekpan Man mengenal jalan, dia sering menjadi GPS kepada orang kampung untuk pergi ke mana sahaja di Semenanjung.

Hari pertama dia bekerja di Terengganu, dia terpaksa menyesuaikan dengan kawasan dipersekitaran negeri tersebut. Man yang peramah tidak malu untuk bertanya arah jalan dan kawasan tertentu kepada penduduk kampung dan orang yang dia temui.
Ketika dia agak keliru dengan jalan di sebuah kampung, Man telah bertanya kepada surirumah yang sedang menjemur kain. Alangkah terkejutnya Man bila ia dapati surirumah itu adalah Wawa bekas kekasih abangnya yang kini telah berkahwin.

Setelah sekian lama tidak berjumpa, Man bertanya tentang Jamilah. Wawa berkata bahawa Jamilah kini tinggal di daerah yang lain bersama keluarganya.  Jamilah juga akan dipinang orang esok pagi. Wawa menyatakan bahawa Jamilah kecewa sebab Man tidak membalas cintanya. Man tergamam. Dia tidak menyangka bahawa dia selama ini tidak bertepuk sebelah tangan. Man lantas menceritakan bahawa dia telah lama jatuh hati pada Jamilah namun dia malu untuk menghantar surat  tersebut kepada Jamilah.

Wawa lantas menghubungi Jamilah dan Man menceritakan segalanya. Namun Jamilah tidak mempercayai kata-kata Man. Man lantas berkata yang dia masih menyimpan surat  lama yang dia mahu berikan pada Jamilah dahulu. Jamilah berkata dia mahu bukti surat tersebut, jika benar Man menyintainya dan surat  tersebut harus sampai pada hari itu juga kerana esok ada rombongan yang akan meminangnya.

Man kini serba salah. Cinta lama berputik kembali. Man lantas pulang ke ruamh untuk mencari surat tersebut. Memandangkan Man baru sahaja berpindah di kawasan tersebut, segala barang-barangnya masih bersepah dan ada juga yang masih di dalam kotak.

Masa semakin suntuk. Man lantas menyelongkar barang-barang pindahnya untuk mencari sekeping surat lama untuk Jamilah. Setelah puas menyelongkar, surat tersebut masih gagal ditemui. Man kecewa. Dalam kekecewaan itu, tiba-tiba Man terlihat satu buku rampaian sekolah lama. Dia membuka dan mendapati surat tersebut berada di dalam buku.

Man keluar dari rumah dia merasa hairan sebab motosikalnya telah hilang. Dia baru menyedari bahawa dia terlupa mengambil kunci motosikalnya. Man tiada pilihan. Dia lantas ke pejabat pos untuk meminta izin menggunakan motosikal Pos Malaysia.

2 comments:

hamzah ian said...

tak pernah tgk lg.. hehe..

pasni kena tgk ah..

Rafi Nilhan said...

ada plak man pos..lama tak ngadap tv nih..haihh..xsaba nak balik..hehe