gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV
Difahamkan bahawa Pakcik ni meniaga Aiskrim Pulutnya sehingga jam satu pagi. Dan lokasi perniagaan Pakcik ni di area Damansara Damai. Pakcik ni dikatakan tinggal di blok Idaman.
Post ini mendapat ratusan like dan komen dari pengguna FB. Dan ada antara mereka yang pergi mencuba Aiskrim Pulut Pakcik ini setelah membaca post dari Sukan Star TV ni. Dan memang mendapat komen yang sangat positif. Ramai yang kata memang sedap dan berbaloi pegi jauh untuk merasa aiskrim pulut pakcik ni..
gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV
Difahamkan bahawa Pakcik ni meniaga untuk menampung kos pelajaran anaknya yang sedang belajar agama di Indonesia. Haaaa mengetahui nawaitu pakcik ini membuatkan cerita cerita seperti ini la yang bagus untuk diviralkan.. Dengan tujuan membantu.. Dan dengan sebab itu juga Qal nak kongsikan perkara ini di blog Haiqal. Manalah tahu dapat membantu perniagaan Pakcik ini walaupun sedikit jadilaaa...
gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV
Kami doakan semoga perniagaan Pakcik ini semakin maju dan semoga mendapat rezeki demi menampung pembelajaran anak di luar negara Insyaa Allah..