Semenjak si adek yg 10 tahon tu, Adza Danina Kirana atau nama dunia blognye Kisah Mizz Nina Kirana udah sebulan berblogging, si adek yg bongsu skali ni, Adza Isabella yang baru 4 TAHUN pon suroh bapak bukakkan blog untoknye. Jadi wujudlah blog dgn name Budak Bucuk Papa 3 minggu lpas.
Comel takk.. Moh le kite pollow dia. Ce tekan SINI
Di satu kawasan tanah gersang, di bawah terik mentari, beberapa insan kelihatan mengendong anak. Namun, seorang wanita meratapi kematian anaknya yang baru saja dikebumikan. Apa yang berlaku menimbulkan pelbagai persoalan di kotak fikiran. Apakah yang sebenar terjadi kepada anak itu. Lebih menghairankan, tiada sebarang tumbuhan seperti pokok kelihatan di sekitar bandar raya. Apakah situasi ini adalah gambaran masa depan dunia menuju kemusnahan akibat pembangunan pesat?
Segala apa yang berlaku menjadi plot yang ingin disampaikan menerusi filem pendek ANAK, arahan Martias Mohd Ali iaitu bapak saye hehe dan terbitan oleh En Amru Najmi dari syarikat Two Tones Sdn Bhd. Berbeza di dunia realiti, karya papak saya kali ini secara simbolik menggambarkan kemusnahan alam sekitar merujuk kepada isu pemanasan global. isu yang ingin diketengahkan membawa mesej penting setiap anggota masyarakat perlu menjaga alam sekitar. Menyampaikan isu global ini pada penonton, anak dijadikan subjek yang sebenarnya adalah pokok. Mungkin ada yang terpinga pinga dan tak faham apa yg saye maksudkan.. Kalau nak lebih fahami tontonlah filem pendek ini yerr =)
Ade komen tak?? best tak???
Award pertama untuk ANAK. Golden Halo Award, Script International Film Festival 2011 Kerala India. Bangganye akan papa saye
Sape-sape nak likee page ayahande kat facebook, klik SINI.
Untok cuti skolah ni, saye nak join segmen baru uncle ben; Pakcik Ben Geger Budak Skolah. Sharat-sharattnye;
1. Letak gambar abang sebagai tanda perniagaan .. hehe..
DAH
2. Kemudian tulis tajuk : PAKCIK BEN GEGAR BUDAK SEKOLAH dan linkkan ke entri ni.. tau tak nak link ? Kalau tak tau , mintak akak tolong ajarkan eh.. jgn lupa kim salam sekali tau.. hahahah..
DAH
3. Kemudian , cuba bagitau tau kat Pakcik Beng Beng Boom ni kenapa adik buat blog ...kalau kakak nak tolong bagitau pon ok gak.. nanti call je Pakcik Beng .. okeh ? hahahha.. guwau jeee .. ok ok.. Kena bagitau tau.. tak kisah berapa patah perkataan ..
OKEY
4. Siap ?? Cun.. Tinggalkan url entri adik kat ruangan komen entri ni .. kalau adik tak faham gak , g carik pakcik beng kat FACEBOOK , klik SANTAI BEN ASHAARI ..untuk keterangan dengan lebih lanjut terutama mengenai akak adik tu.. hahahaha.. adeh.. ada gak makan biskut kering esok neh...
OKEY
Saye nak buat blog pasai memang suka menulis n bleh repair skill menulis saye. Pasai tu le saya nak buat blog